Saturday 13 August 2011

Tips Mengurus Kewangan Yang Bijak!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
 
Untuk entri pertama blog ini, disini kami ingin kongsikan tips-tips yang sangat berguna untuk menguruskan kewangan kita. Sebagaimana yang kita ketahui, rata-rata daripada masyarakat kita tidak ramai yang mampu untuk mengurus dan merancang kewangan dengan baik. Salah satu sebab adalah kerana kurang bijak dalam menguruskan sumber pendapatan yang diperolehi.

Mari kita lihat tips di bawah :

1) Gunakan Konsep 1/3 
Sebaik sahaja anda memperolehi gaji, bahagikan wang gaji anda kepada 3 bahagian. 1/3 diperuntukan untuk membayar hutang, 1/3 diperuntukan pula untuk simpanan dan 1/3 lagi khas untuk perbelanjaan bulanan.

2) Bayar Awal Bulan
Setiap kali dapat gaji, terus bayar bil dan hutang. Jangan amalkan sikap bertangguh kerana anda mungkin terguna wang tersebut untuk tujuan berbelanja.

3) Buka Akaun Berasingan
1/3 wang gaji anda disimpan dalam akaun yang berasingan. Jika anda berasa 1/3 itu terlalu banyak, simpan 10% daripada pendapatan anda sebulan atau jika masih tidak mampu, Rm100 sebulan pun boleh! Janji simpan!

4) Buat Pelaburan
Selain menyimpan, anda boleh menyimpan di dalam akaun pelaburan seperti di Unit Trust, ASB dan sebagainya. walaupun begitu, pastikan anda mengkaji setiap pelaburan terlebih dahulu sebelum melabur di dalamnya. INGAT! Pilih pelaburan yang diiktiraf oleh kerajaan!

5) Jangan Tambah Hutang
Jika anda inginkan sesuatu barangan dan barangan tersebut adalah MAHAL, jangan sesekali membelinya secara hutang kerana kadar faedahnya sekitar 10% setahun! Adalah lebih baik anda mengumpul sedikit wang setiap bulan sehingga cukup jumlahnya sebelum anda membeli barangan tersebut.

6) Kad Kredit Bukan Kawan Anda!
Jangan gunakan kad kredit untuk tujuan 'shopping sakan!'
Kad kredit hanyalah instrumen memudahkan anda membeli belah tanpa membawa wang tunai. Cara terbaik menggunakan kad kredit ialah bayar kesemua jumlah pada keesokkan harinya setelah anda berbelanja pada hari ini. Atau, 'bayar habis' bila dapat bil!

7) Insurans 
Belilah premium insurans untuk menjamin kehidupan anda sekeluarga. Nilai insurans anda sekurang kurangnya mestilah sama nilai dengan jumlah liabiliti yang keluarga anda tanggung agar apabila anda TIADA kelak, liabiliti anda ditanggung sepenuhnya olah insurans.

8) Beli Aset Tetap
Beli rumah jika anda mampu dan tiba masanya. Jika sebulan anda menyewa RM500, dengan jumlah sebanyak itu, anda mampu untuk membayar ansuran rumah apartmen yang berharga RM60,000!
INGAT.. rumah meningkat nilainya pada setiap tahun!

Diharapkan dengan 8 tip yang kami berikan disini akan memberikan anda satu idea baru dalam merancang dan menguruskan kewangan dengan lebih baik!

Sharing this info with everyone :)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...